Posts

FIKIR RISAU JEMAAH KETUA MASYARAKAT SUBIS, CEGAH NARKOBA SEBELUM PARAH

Image
14/09/2017-Khamis : Jemaah Ketua-katua masyarakat di pengerusikan oleh Pemanca Haji Ali BIn Mudin mengadakan diskusi "Fikir Risau, Cegah Narkoba Sebelum Parah" bertempat di Pejabat Daerah Subis. "Kita Wajar Memikirkan dan Bertindak untuk menyelamatkan masa hadapan anak cucu cicit kita daripada bahaya NARKOBA, Kerna jika bukan kita siapa lagi jika bukan sekarang bila lagi" Pemanca Haji Ali Bin Mudin berucap membuka diskusi yang berlangsung selama 2 jam 30 minit Di dalam majlis diskuri tersebut banyak cadangan serta nasihat yang telah dilontarkan untuk memastikan gerak kerja menyelamatkan generasi muda khususnya dari dirosakkan dengan pengaruh NARKOBA. Ibu Bapa haruslah peka dengan setiap tindak tanduk anak-anak agar dapat mencegah mereka daripada aktiviti berbahaya NARKOBA terutamanya melihat dengan siapa mereka berkawan. Hal ini penting bagi memastikan dari peringkat awal kita mampu mencegah dan ini langkah yang terbaik daripada mengubati. Buat masa in

Perompak Cungkil Besi Tingkap, Wanita Dirogol Dalam Bilik Ketika Suami Tidur Di Ruang Tamu

Image
KAPAR: Seorang wanita telah dirogol oleh tiga lelaki tidak dikenali di dalam bilik di rumahnya di Kampung Rantau Panjang selepas dipecah masuk perompak, awal pagi semalam, lapor  Berita Harian . Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, dalam kejadian pada jam 4 pagi itu, mangsa yang tidur berseorangan di dalam bilik telah dikejutkan dengan kehadiran tiga perompak. "Seorang suspek dipercayai warga Indonesia memintanya mendiamkan diri dan tidak menjerit sebelum mangsa dirogol manakala dua lagi suspek berada di luar bilik." "Mangsa diugut jika dia menjerit, suaminya yang sedang tidur di ruang tamu rumah itu akan dibunuh." "Selepas suspek melarikan diri, mangsa mengejutkan suaminya dan memaklumkan kejadian itu." "Mangsa turut mengadu dia diacukan pisau oleh suspek, sebaik dimaklumkan, suami mangsa dan jiran cuba mengejar suspek namun gagal. "  katanya. Suami mangsa telah membuat pemeriksaan di sekitar

Pencuri tertido ketika pecah masuk rumah

Image
HUBEI - CHINA.  Nasib malang menimpa seorang pencuri di China selepas dia tertidur di atas katil di rumah yang dimasukinya sebelum ditemui oleh pemilik rumah berkenaan. Menurut Chutian Metropolis Daily, lelaki tersebut ditemui oleh pemilik rumah itu, yang juga seorang petani di Huanggang di Hubei selepas petani berkenaan pulang ke rumah tersebut pada Rabu minggu lalu. Bagaimanapun, suspek memberitahu polis bahawa dia bukanlah pencuri sebaliknya hanya memasuki rumah yang pintunya terbuka untuk tidur kerana terlalu mengantuk. Namun, polis berkata, lelaki terbabit menceroboh masuk ke rumah itu namun gagal menemui sebarang wang tunai atau barangan berharga. Disebabkan terlalu letih dan kelaparan, dia tiba-tiba berasa mengantuk sebelum tidur di rumah berkenaan. Lelaki yang namanya tidak didedahkan berkata, suspek meninggalkan rumah selepas bertengkar dengan keluarganya pada Februari dan berpindah dari satu daerah ke daerah yang lain, mencuri makanan dan barangan untuk terus hidup. Ka

Foto Budak Lelaki Pegang Handbag, Jadikan Lengan Sebagai 'Bantal' Untuk Selesakan Ibu Tertidur Sentuh Hati Netizen

Image
Satu foto yang merakamkan seorang budak lelaki membiarkan sahaja ibunya menggunakan lengannya sebagai 'bantal' dan memegang beg tangan ketika sedang berada di dalam keretapi menyentuh hati netizen. Foto yang dirakamkan di Chengdu Metro Line 2 itu memaparkan kanak-kanak itu sedang bersandar di tiang dengan sebelah lengannya bertindak sebagai bantal bagi menyokong kepala si ibu yang sedang tidur. Salah seorang penumpang lain komuter berkenaan menyaksikan kejadian tersebut dan berkata pada mulanya kanak-kanak terbabit duduk di sebelah ibunya, namun dia menawarkan tempat duduknya kepada seorang wanita yang membawa stroller bayi. Foto berkenaan menjadi viral di Weibo dan meraih lebih 180,000 likes serta 18,000 komen. Kebanyakan netizen berkata mereka berharap agar mendapat anak seperti itu suatu hari nanti manakala ada yang lain berharap agar budak lelaki itu berkahwin dengan anak mereka. "Tolong saya cari dimana ibu bapa budak ini. Saya mahu dia berkahwin dengan ana

Pengambilan Makanan Yang Boleh Diambil, Dalam Menurunkan Berat Badan Sewaktu Berpuasa

Image
Puasa sememangnya melatih kita untuk menahan diri dari lapar dan dahaga, dari fajar hingga terbenam matahari. Dalam pada ini, kita mungkin akan menggunakan masa yang ada ini untuk cuba mengawal pemakanan. Ada di antara kita ingin menggunakan saat ini dengan menyambung kembali diet yang telah dilakukan sebelum ini. Bagi memastikan kita meneruskan apa yang telah dilakukan dengan cara yang betul, Dr  Khairul Hafidz Alkhair  telah kongsikan beberapa tips yang boleh diikuti, supaya kita dapat mengawal pemakanan dengan baik. Mari kita ikuti perkongsian darinya. Pemakanan Sewaktu Bulan Ramadhan Saya yakin buat mereka yang ingin menurunkan berat badan, bulan Ramadhan adalah bulan yang ramai orang tunggu-tunggu, kerana orang rasa waktu inilah paling mudah nak turunkan berat. Jawapan ya dan juga tidak. Bulan Ramadhan boleh menjadi pemangkin untuk turun berat lebih banyak atau ianya adalah pintu jahanam diet yang dah kita amalkan. Beberapa tips pemakanan yang boleh saya berik

Anak Selalu Terjerit-Jerit Bila Inginkan Sesuatu, Ibu Bapa Boleh Lakukan Cara Ini Untuk Memperbaiki Tingkah Laku Anak Tersebut

Image
Foto: babycenter Ada ketikanya anak-anak suka akan perhatian, mereka akan lakukan apa sahaja untuk menarik perhatian ibu bapa, atau orang sekeliling. Bukan itu sahaja, menerusi apa yang ibu bapa lakukan juga, anak akan mula ikuti dan lakukan jua. Mungkin ada di antara kita pernah berhadapan dengan situasi di mana, anak-anak suka menjerit jika meminta, atau menyatakan sesuatu. Secara spontan juga, kita pasti akan memarahi mereka kerana berkelakuan sedemikian. Sebenarnya, dalam melatih anak-anak untuk berkelakuan baik, ia bermula dari ibu bapa, kerana menerusi perkongsian dari laman  Parent Connect , tindakan ibu bapa sewaktu anak mula bersikap baik adalah salah satu cara untuk mereka terus bertingkah laku dengan baik. Mari kita ikuti perkongsian dari laman tersebut. Foto: pinsdaddy Senario "Puan, anak saya suka cakap jerit jerit. Saya tak tahu apa yang patut saya buat." keluh seorang Ibu. "Pernahkah anak Puan TIDAK bercakap jerit-jerit?" tanya saya. &quo

“Harap Ko Gugur Esok, Lusa”, Kisah Wanita Terima Mesej Dari Rakan Mengenai Kehamilannya, Yang Sering Kali Berkata-Kata Negatif

Image
Foto Besar: venturebeat Kita sudah pasti mempunyai rakan atau sahabat di mana-mana sahaja, sam ada di tempat kerja, kawasan kejiranan, atau pun di kampung halaman. Ada di antara mereka telah bersama kita sejak dari kecil lagi, dan masih berhubung sehingga kini. Mungkin ada di antara kita menjadikan rakan sebagai tempat mengadu, dan berkongsi kisah, yang mana sekiranya kita mempunyai masalah, atau tertekan dengan sesuatu rakan baik kita itulah menjadi pendengar setia kita. Namun begitu, tidak semua dari kita mempunyai rakan yang sentiasa beri sokongan buat kita jika ditimpa nasib malang, lebih menyakitkan lagi, rakan tersebut sering memberi kata-kata negatif buat kita, seperti mana yang telah dilalui oleh Pn  Fatimah M. Yasin  ini. Tidak menyangka akan rakannya sanggup berkata-kata seperti sedemikian, walaupun dia telah ‘block’ di Facebook, tetapi rakannya ini masih mesej di WhatsApp dengan kata-kata negatif. Mari kita ikuti perbualan yang dikongsikan oleh Pn Fatimah di laman Face